Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua wanita terima hidayah

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 20 Julai – Dua orang wanita berbangsa Cina dan Filipina hari ini menerima hidayah apabila masing-masing melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang diadakan di Dewan Serba Guna, Pejabat Bahagian Dakwah, di sini.

    Anna Lim Sue Yan, 30, memilih nama Islamnya sebagai Nur Anna binti Abdullah Lim, manakala seorang lagi saudara baru Angel Kate Villanueva Molate, 24, memilih nama Islamnya sebagai Khairal Ayeshe Abdullah Malate.

    Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diteruskan dengan majlis pengislaman dan penyampaian cenderahati disempurnakan oleh Ketua Bahagian Dakwah Daerah Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu.

    Menurut catatan jabatan, setakat ini jumlah orang-orang yang memeluk agama Islam bagi Daerah Belait bermula 1 Januari hingga kini adalah seramai 46 orang, manakala pada tahun lepas seramai 110 orang.

    Setiap mualaf yang baru memeluk agama Islam dikehendaki untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Pusat Dakwah Islamiah iaitu Kursus Bimbingan Pengenalan Islam yang diadakan di Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait, seterusnya Kursus Bimbingan Lanjutan 1 dan 2 diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Kampung Pulaie.

    Kedua-dua saudara baru ketika melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang diadakan di Dewan Serba Guna, Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait.
    Kedua-dua saudara baru ketika melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis pengislaman yang diadakan di Dewan Serba Guna, Pejabat Bahagian Dakwah Daerah Belait.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda