Wednesday, May 7, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua wanita Vietnam dikenakan denda

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jun – Dua orang wanita warga Vietnam dijatuhi hukuman denda $800 atau berdepan hukuman sebulan penjara setiap seorang oleh Mahkamah Majistret, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan terlibat dalam aktiviti pelacuran.

    Le Thi Thu Hang, 24, didakwa bersetuju untuk melibatkan diri dalam pelacuran di sebuah hotel pada 7 Jun 2018 antara jam 12:15 tengah hari dan 12:25 tengah malam sementara rakannya, Dinh Thi Yen Ly, 26, didakwa menawarkan khidmat seksual melalui aplikasi media sosial pada tarikh yang sama pada jam 12:18 tengah malam di hotel sama.

    Hukuman terhadap kedua-dua tertuduh diputuskan Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Mohd Yusof.

    Kertas pertuduhan menyebut, Le Thi tiba di negara ini pada 25 April 2018 manakala Dinh Thi berada di negara ini pada 22 Mei 2018, yang mana kedua-duanya dikeluarkan pas melawat untuk tempoh tiga bulan.

    Perbuatan jijik tertuduh terbongkar apabila anggota dari Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat membuat serbuan di hotel tersebut dan menemukan sejumlah wang dan beberapa bahan bukti termasuk buku catatan mengandungi pembayaran pelanggan.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda