JOHANNESBURG, 28 FEB – Dua warga Afrika Selatan telah dijangkiti koronavirus baharu ketika bertugas sebagai anggota kru di atas kapal persiaran yang dikuarantin selama tiga minggu di Jepun, kata para pegawai hari ini.
Kedua-dua mereka, warga Afrika Selatan pertama yang disahkan dijangkiti virus itu, sedang menerima rawatan di Jepun tetapi mereka tidak menunjukkan gejala penyakit yang dikaitkan dengan COVID-19, kata kementerian kesihatan Afrika Selatan.
Pihak kerajaan telah dimaklumkan oleh Tokyo bahawa terdapat 12 anak kapal dari Afrika Selatan yang bekerja di kapal persiaran Princess Diamond apabila ia dijangkitan COVID-19 dan kedua-dua mereka itu telah diuji positif, kata kementerian.
“Mereka kini sedang dirawat di Jepun dan laporan terbaharu menunjukkan bahawa mereka mempunyai simptom penyakit tersebut.”
Sehingga sekarang, tidak ada seorang pun di Afrika Selatan yang disahkan terkena jangkitan virus itu.
Pihak berkuasa di Pretoria mengumumkan semalam bahawa 132 rakyat mereka akan dihantar pulang dari bandar Wuhan, pusat epidemik di China.
Setakat ini hanya tiga orang yang telah dijangkiti COVID-19 di benua Afrika iaitu seorang di Mesir, seorang di Algeria dan seorang lagi di Nigeria serta tiada rekod kematian.
COVID-19 telah menjangkiti lebih daripada 80,000 orang dan membunuh hampir 3,000 orang di seluruh dunia, kebanyakannya di China, menurut angka terkini oleh AFP berdasarkan sumber-sumber rasmi. – AFP
