Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua warga Britain positif koronavirus

    LONDON, 31 JAN – Pegawai kesihatan Britain berkata hari ini dua orang telah diuji positif dijangkiti novel koronavirus, kes yang pertama kali dilaporkan di negara itu sejak wabak muncul di China dan mulai merebak ke seluruh dunia pada bulan ini.

    “Kita mengesahkan dua pesakit di England daripada keluarga yang sama, telah diuji positif dijangkiti koronavirus,” lapor agensi berita Anadolu memetik ketua pegawai perubatan untuk England, Chris Whitty.

    “Pesakit menerima penjagaan kepakaran NHS, dan kami menggunakan prosedur kawalan jangkitan yang teruji untuk menghalang penyebaran virus,” tambah beliau, merujuk kepada Perkhidmatan Kesihatan Nasional. Beliau berkata UK telah bersedia dengan langkah-langkah mengawal jangkitan penyakit.

    “Kami akan terus bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan komuniti antarabangsa untuk memastikan kami bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan,” kata Whitty.

    Menurut pegawai itu lagi, sebuah kapal terbang yang disewa oleh Britain untuk memindah rakyat dan warga asing lain pada hari ini berlepas dari bandar Wuhan dengan 110 orang – 83 warga Britain dan 27 warga asing. – Bernama/AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda