BRUSSELS, 28 FEB – Seorang lelaki berusia 90an disyaki menikam hingga mati dua warga emas di sebuah rumah jagaan di Belgium, kata Datuk Bandar tempatan, Koenraad Degroote, hari ini.
Seorang lagi penghuni sedang bertarung nyawa di hospital selepas serangan di Dentergem, Belgium barat, kata ketua perbandaran itu kepada AFP.
Mangsa-mangsa tersebut berusia sekurang-kurangnya 90 tahun, katanya. Suspek yang didakwa juga seorang penghuni dan berusia 90an, tambah Degroote.
Pejabat pendakwa tempatan mengesahkan kepada AFP bahawa seorang individu telah ditahan selepas dua orang terbunuh dan seorang lagi berada di hospital.
Datuk bandar dan pejabat pendakwa tidak memberikan maklumat lanjut tetapi berkata mereka sedang menunggu maklumat daripada hakim penyiasat. – AFP
