Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua warga emas maut akibat strok haba di Jepun

    TOKYO, 23 JUN – Dua warga emas maut disyaki akibat strok haba di Wilayah Iwate dan Chiba, Jepun kelmarin susulan peningkatan suhu di kawasan berkenaan, lapor Xinhua.

    Di Bandar Kitakami, Wilayah Iwate, seorang wanita berusia 84 tahun rebah di taman rumahnya sekitar tengah hari.

    Menurut penyiar nasional NHK, beliau sempat dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia,

    Suhu di Kitakami ketika itu mencecah 30.4 darjah Celsius.

    Dalam insiden lain, seorang lelaki berusia 95 tahun ditemukan tidak sedarkan diri di dalam rumah hijau di kawasan kediamannya di Wilayah Chiba.

    Perkhidmatan kecemasan dipanggil sejurus selepas 1 tengah hari waktu tempatan namun lelaki itu disahkan meninggal dunia di hospital.

    Pihak berkuasa mengesyaki strok haba sebagai punca kematian dalam kedua-dua kes.

    Menurut jabatan bomba di Iwate, seramai 11 individu turut dimasukkan ke hospital pada hari sama  disyaki akibat strok haba. – Bernama

    Setiap musim panas, pegawai Jepun menggesa orang ramai, terutamanya warga emas, supaya berlindung di bilik berhawa dingin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda