Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua warga Mexico, tiga pelancong Eropah maut dalam ribut salji

    SANTIAGO, 19 NOV – Lima pelancong asing iaitu dua warga Mexico, dua warga Jerman dan seorang warga Britain maut apabila ribut salji melanda kawasan simpanan semula jadi Torres del Paine di Patagonia, destinasi pelancong luar negara paling popular di Chile, menurut pihak berkuasa kelmarin.

    Para pengunjung itu terperangkap pada Isnin ketika meneroka taman berkenaan yang terkenal dengan puncak granit, glasier dan hidupan liarnya, kira-kira 2,800 kilometer di selatan ibu negara Chile, Santiago.

    Pada awalnya melaporkan dua maut dan tujuh hilang, pegawai kerajaan wilayah Antonio Ruiz mengemas kini angka korban kepada lima pada hari yang sama.

    Empat lagi berjaya diselamatkan dalam keadaan hidup. – AFP

    Gambar edaran yang dikeluarkan oleh Carabineros Chile menunjukkan pasukan penyelamat sedang mencari pelancong yang terkorban di Torres del Paine, Wilayah Magallanes pada 18 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda