Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua warga Singapura ditahan bersama lima tong pati ubat batuk

    JOHOR BAHRU, 5 DIS – Polis menahan dua lelaki warga Singapura dan merampas lima tong berisi 130 liter pati ubat batuk bernilai RM75,150, dalam operasi khas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di sebuah jeti di Masai, pada Selasa.

    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata kedua-dua suspek berusia 45 dan 50 tahun itu, menaiki sebuah bot memancing yang berdaftar di Singapura dan dipercayai berperanan sebagai transporter, dengan mengambil ubat terkawal berkenaan daripada pembekal di negara ini sebelum dijual ke negara jiran.

    “Kesemua tong berkenaan disembunyikan di tempat menyimpan ikan, di dalam bot berkenaan.

    Bagaimanapun kita sedang menyiasat bagaimana mereka memperoleh bekalan pati ubat batuk itu di sini,” katanya pada sidang media hari ini.

    Raub berkata polis turut merampas sebuah bot fiber bernilai RM270,000, kunci bot, sebuah enjin jenama Mercury bernilai RM120,000 dan empat buah telefon bimbit, manakala cecair pati ubat batuk yang dirampas akan dihantar ke makmal untuk dianalisis.

    Beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki berusia 45 tahun itu positif dadah jenis Nimetazepam dan kedua-duanya direman empat hari bermula semalam. – Bernama

    ACP Raub Selamat (tiga, kanan) menunjukkan lima tong yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Selatan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda