Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua warga Thailand mati ketika dalam tahanan di Gaza

    BANGKOK, 17 MEI – Kementerian Luar Thailand hari ini memaklumkan dua warganegaranya dikenali sebagai Sonthaya Oakkharasri dan Sudthisak Rinthalak mati ketika dalam tahanan di Gaza.

    Kementerian itu berkata mereka telah dimaklumkan oleh Kedutaan Diraja Thailand di Tel Aviv bahawa setelah menilai bukti yang ada, Jawatankuasa Penilaian Keadaan Tahanan Kerajaan Israel telah membuat kesimpulan bahawa dua warga Thailand yang disenaraikan sebagai tawanan di Gaza, telah meninggal dunia.

    “Kerajaan Thailand merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mereka yang telah dihubungi oleh Kedutaan Diraja Thailand di Tel Aviv, manakala agensi terlibat akan menghulurkan semua bantuan yang diperlukan kepada keluarga berkenaan,” katanya dalam kenyataan. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda