Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dua wartawan, pegawai polis terbunuh dalam serangan kumpulan

    PORT-AU-PRINCE, 25 DIS – Dua wartawan yang membuat liputan mengenai pembukaan semula hospital di ibu negara Haiti, Port-au-Prince dan seorang pegawai polis ditembak mati kelmarin dalam serangan oleh ahli kumpulan, kata media tempatan kolektif dan pihak berkuasa.

    Wartawan Markenzy Nathoux dan Jimmy Jean terbunuh semasa serangan kumpulan dari gabungan ‘Viv Ansanm’ di Hospital Universiti Negeri Haiti, kata jurucakap Kolektif Media Dalam Talian, Robest Dimanche, kepada AFP.

    Manakala wartawan lainnya cedera dalam kejadian tembak-menembak dan dirawat di klinik lain, tambah Dimanche.

    Seorang pegawai polis turut terbunuh, beritahu jurucakap polis kebangsaan Haiti, Lionel Lazarre kepada AFP, tanpa memberikan butiran lanjut.

    Hospital tersebut, juga dikenali sebagai hospital besar, telah ditutup sejak Februari selepas ia diserang oleh ahli kumpulan gabungan yang sama.

    Menurut laporan awal, penyerang melepaskan tembakan ke arah hospital itu ketika ia dibuka semula. Seorang saksi berkata kepada AFP, beberapa orang mengalami kecederaan, tetapi tidak menyatakan jumlahnya. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda