Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dubai lancar pusat pelaburan masa depan

    DUBAI, 15 Okt – Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Mohammed Bin Rashid Al-Maktoum pada Sabtu melancarkan Pusat Hamdan untuk Masa Depan Pelaburan bagi meningkatkan sumbangan pelaburan langsung asing ke pembangunan mapan, agensi berita negeri Emiriah Arab Bersatu (UAE) WAM melaporkan.

    Pelancaran pusat itu adalah sebahagian daripada wawasan Sheikh Mohammed Bin Rashid Al-Maktoum, Penguasa Dubai, dan UAE dalam meneroka dan membentuk masa depan.

    Ia juga bertujuan menyumbang untuk membentuk masa depan pelaburan di dunia dan meningkatkan kesan positifnya, melaporkan WAM.

    Pusat yang beroperasi di bawah Perbadanan Pembangunan Pelaburan Dubai (DEDI) itu juga merupakan salah satu institusi untuk mempromosikan strategi Dubai dan visi masa depan dalam membangunkan strategi dan program yang membolehkan Dubai terus bersaing di peringkat global dan menarik model pelaburan baru.

    Program utama pusat akan diumumkan dalam rangka ‘Forum Pelaburan Mapan’ yang akan diadakan semasa Minggu Pelaburan Dubai dari 15 hingga 19 Okt. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda