Thursday, November 21, 2024
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dubai mula bina ‘vertiport’ pertama untuk teksi terbang

    DUBAI, 13 NOV – Pembinaan kemudahan ‘vertiport’ pertama di Dubai telah dimulakan, yang akan menjadi pusat khusus untuk teksi terbang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB), umum kerajaan Dubai kelmarin.

    Dijadualkan siap menjelang 2026, ‘vertiport’ bertujuan untuk menyediakan pengangkutan pantas dan mampan ke beberapa kawasan popular di Dubai menggunakan kenderaan tanpa pemandu yang menawarkan perkhidmatan teksi terbang.

    Kemudahan yang dinamakan DXB Vertiport itu meliputi kawasan seluas 3,100 meter persegi dan dijangka menguruskan sehingga 42,000 pendaratan serta melayani 170,000 penumpang setiap tahun, kata Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum melalui platform media sosial X. Fasa pertama projek itu akan merangkumi stesen tambahan yang terletak di pusat bandar Dubai, Dubai Marina dan Palm Jumeirah, tambah beliau.

    Sheikh Hamdan menekankan bahawa projek itu mencerminkan komitmen Dubai terhadap inovasi, keselamatan dan kemampanan dalam pengangkutan, menjadikan sebagai perintis dalam mobiliti global. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda