DUBAI, 13 FEB – Dubai sekali lagi merancang untuk melancarkan teksi terbang di negara kota futuristik di Semenanjung Arab, menawarkan perincian paling kukuh hari ini untuk pelancaran yang dijanjikan menjelang 2026.
Sejak 2017, ibu kota komersil, Emiriah Arab Bersatu telah menawarkan perjanjian untuk melancarkan teksi terbang di bandar yang sudah pun menempatkan bangunan tertinggi di dunia dan keajaiban seni bina yang lain.
Beberapa jenis siri berlainan dan syarikat yang berbeza juga bergerak menuju ke arah perjanjian itu, yang akan dapat disaksikan semasa Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia tahunan Dubai, yang menyaksikan edisi tahun ini bermula hari ini.
Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, mengumumkan pelancaran semula program teksi terbang dalam Twitter kelmarin.
Kali ini, Dubai menampilkan teksi terbang elektrik enam rotor yang direka oleh Joby Aviation of Santa Cruz, California, dalam video promosi.
Penyertaan Joby Aviation, selain EHang 184 dan XPeng X2 buatan China atau Volocopter elektrik buatan Jerman yang semuanya sebelum ini dipaparkan di Dubai, namun ia tidak dijelaskan oleh pegawai Emiriah, dengan Pesawat Joby dipaparkan di tempat duduk di Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia hari ini.
“Kami teruja tentang peluang dan meneroka sebarang kemungkinan,” kata Oliver Walker-Jones, jurucakap bagi Joby Aviation.
Ahmed Bahrozyan, pegawai di Penguatkuasaan Pengangkutan dan Jalan Raya emiriah itu turut memberitahu mengenai ‘peringkat awal’ bagi rancangan tersebut hari ini. – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/02/P14-A-paper-web_14022023.jpg)