Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Duchess of Edinburgh lawat Iraq

    BAGHDAD, 25 MEI – Duchess of Edinburgh berkunjung ke Iraq minggu ini, bertemu ahli politik dan aktivis feminis dalam lawatan jarang diadakan oleh keluarga diraja Britain ke negara yang dilanda perang, kata pejabat presiden Iraq.

    Kali terakhir kerabat diraja Britain melawat Iraq adalah pada 2006 apabila mendiang Putera Philip melawat pangkalan untuk tentera British yang dikerahkan ke Iraq sebagai sebahagian daripada pencerobohan yang diketuai AS tiga tahun sebelumnya.

    Lawatan isteri kepada adik bongsu Raja Charles, Edward itu dilakukan secara rahsia dan berakhir pada Selasa.Presiden Iraq berkata duchess itu menyampaikan mesej bertulis daripada Raja Charles III – yang pernah melawat Iraq pada 2004.

    Beliau juga bertemu Perdana Menteri Iraq, Mohamed Shia al-Sudani. Duchess juga menyampaikan ucapan pada persidangan mengenai hak wanita yang dianjurkan oleh kedutaan Britain di Baghdad, di mana beliau bertemu wakil kumpulan hak wanita, menurut Istana Buckingham pada Selasa. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Sophie, Duchess of Edinburgh bercakap dengan tetamu semasa Garden Party di Istana Buckingham, London. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...