Monday, January 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Duda okey, suami orang tak mahu – Sherry

    Sherry Alhadad tidak kisah bertemu jodoh dengan duda, asalkan bukan suami orang.
    Sherry mengaku tiada masalah berkahwin dengan duda yang memiliki anak kerana sukakan kanak-kanak.

    “Seboleh-bolehnya saya elak suami orang tetapi jika duda, tiada masalah.

    “Kalau ada anak pun saya okey. Saya suka budak-budak. Saya pun sudah berumur, jadi, jika dia ada anak lebih bagus.

    “Tetapi setakat ini, saya masih belum ada calon. Mungkin lelaki takut hendak dekat kerana fikir saya dominant dan maintenance (kos sara diri) tinggi,” katanya ditemui pada sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Award (GMWA) di DADI Cinema di sini, baru-baru ini.

    Sherry berkata, mungkin sikapnya yang ceria dan bertenaga, selain kerjaya sebagai selebriti menyebabkan lelaki bimbang mendekati.

    “Saya tidak kisah jika pendapatan lelaki itu kurang daripada saya. Saya orang biasa, cuma pekerjaan saya di depan televisyen (TV) menyebabkan saya tampak glamor. Saya manusia normal macam orang lain,” katanya.

    Menurut BH Online, Sherry percaya hakikat dirinya bertemu dengan kenalan dalam industri sama menyebabkan dirinya sukar mendapat jodoh.

    “Saya sudah kaji kenapa. Saya jumpa orang yang sama. Saya pula tidak suka main media sosial kerana lebih suka bertemu depan-depan,” katanya. – Agensi

    Sherry tidak kisah bertemu jodoh dengan duda memiliki anak kerana sukakan kanak-kanak. – kosmo.com.my
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda