Friday, March 21, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dudun DBP ke SR Pusar Ulak

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kelmarin, meneruskan lagi Kempen Dudun DBP ke sekolah-sekolah rendah di seluruh negara sebagai salah satu inisiatif mendaulatkan dan memartabatkan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan kanak-kanak, remaja dan belia.

    Kempen itu merupakan aktiviti yang diungkayahkan oleh DBP sejak tahun 2016 dengan memfokuskan murid-murid sekolah rendah sebagai pendedahan awal, dan seterusnya akan dikembangkan lagi ke sekolah menengah.

    Dudun DBP kali ini diadakan di Dewan Sekolah Rendah Pusar Ulak, Bandar Seri Begawan dengan sasaran pelajar Tahun 1 hingga 5 yang dianggarkan seramai 190 orang.

    Acara dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Bahagian Perancangan Buku, DBP, Dayang Hurul’Ain Nukhbah binti Rabaha.

    Dudun DBP diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Cambah Kata, Sambung-sambung, Junjung Dialek (carian kamus), Susur Bahasa, Sahiba Jawi, Kotak Magis, Menyambung Pantun, Sahiba, Karikatur serta jualan buku-buku terbitan DBP.

    Dengan adanya kempen ini, ia diharap akan dapat membudayakan ilmu kepada masyarakat sesuai dengan peranan DBP dalam usaha memperkasa Bahasa Melayu demi menjaga kepentingan bahasa rasmi negara.

    Antara pelajar Sekolah Rendah Pusar Ulak yang menyertai Dudun DBP.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda