Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Dugong diancam kepupusan

    MONTREAL, 11 DIS – Dugong, haiwan laut mamalia yang lebih dkenali sebagai ‘lembu laut’, kini diancam kepupusan, menurut senarai rasmi yang dikemaskinikan baru-baru ini.

    Haiwan yang memakan rumput laut di perairan cetek di Afrika Timur dan New Caledonia itu kini memasuki Senarai Merah Kesatuan Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) sebagai ‘amat terancam’ dan ‘terancam’ masing-masing.

    Ancaman utama yang dihadapi dugong adalah tangkapan menggunakan peralatan menangkap ikan di Afrika Timur dan pemburuan di New Caledonia, selain kecederaan akibat dilanggar bot di kedua-dua lokasi.

    Di Afrika Timur, usaha mencari gali dan pengeluaran bahan api fosil, pencemaran dan pembangunan haram juga menghapus sumber makanan rumput laut, sementara di New Caledonia, rumput laut dirosakkan akibat kesan pertanian dan pencemaran daripada perlombongan nikel.

    “Hari ini, Senarai Merah IUCN terkini mendedahkan aktiviti manusia yang tidak mampan telah menghapus kehidupan laut di seluruh dunia,” kata Bruno Oberle, Ketua Pengarah IUCN.

    Senarai itu dikeluarkan tatkala wakil dari seluruh dunia bertemu di Montreal untuk persidangan biodiversiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk memuktamadkan rangka kerja baharu untuk ‘pakatan alam semula jadi,’ dengan matlamat untuk memulihara hutan, lautan dan spesies haiwan.

    Dalam pengemaskinian senarai IUCN lain, 44 peratus daripada semua kerang-kerangan abalone kini diancam kepupusan, sementara batu karang telah dipindah ke tahap ‘amat terancam.’ – AFP

    Serena, seekor dugong, kelihatan berenang di Akuarium Toba di Toba, Jepun pada 5 September 2022. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Lebah, rama-rama liar Eropah diancam kepupusan

    ABU DHABI, 12 OKT - Kelangsungan hidup pendebunga liar...

    Lapan ekor tenggiling berisiko tinggi berdepan kepupusan

    GENEVA, 28 OGOS – Kesemua lapan ekor tenggiling yang...

    Cubaan seludup 1,200 burung terancam digagalkan

    KUPANG, INDONESIA, 13 JULAI - Pihak berkuasa Indonesia berjaya...

    Projek RM177 juta dilancar, lindungi hutan Indo-Malaya

    PHNOM PENH, 6 JULAI - Sebuah agensi pemuliharaan global...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...