Friday, May 16, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dukung PMKS pacu pembangunan ekonomi negara

    Oleh Sim Y.H.
    Gambar oleh DARe dan Sim Y.H.

    Tidak dinafikan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi 97.2 peratus jumlah keseluruhan perniagaan di Negara Brunei Darussalam memainkan peranan yang penting menyumbang pembangunan ekonomi negara dan sumber pekerjaan di sektor swasta.

    Menyedari akan pentingnya peranan PMKS kepada pembangunan serta masa hadapan ekonomi negara, Darussalam Enterprise (DARe) telah mengadakan acara Enterprise Growth Connect – a Forum & Networking Event, yang berlangsung di Indera Samudra Grand Hall, Empire Brunei, Jerudong, baru-baru ini.

    Acara itu bermatlamat untuk mengumpulkan dan menghubungkan usahawan, pemilik perniagaan dan pemimpin industri dengan objektif untuk merangsang dan memacu pertumbuhan menerusi sokongan komuniti.

    Acara yang membawa tema ‘Memperkasa Perniagaan di Semua Peringkat Pertumbuhan’ itu menggalakkan usaha bersepadu untuk menyokong PMKS dalam pertumbuhan ekonomi mereka dengan memastikan mereka dilengkapkan dengan keupayaan, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka untuk berkembang dan menjadi lebih kompetitif.

    Semasa acara itu, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid dalam ulasan khas pada acara tersebut menyatakan pada 2020, sumbangan PMKS kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dianggarkan sebanyak 31.2 peratus di mana dengan sumbangan yang signifikan itu, kita tidak boleh hilang pandang kepada kepentingan PMKS dalam pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan perniagaan berkenaan untuk berkembang serta meneroka dan memasuki pasaran dan aktiviti perniagaan baharu.

    Dato Seri Paduka Haji Khairuddin semasa menghadiri acara Enterprise Growth Connect yang berlangsung di Empire Brunei, Jerudong.
    Irvin Gunawan menyampaikan ucaptama mengenai perjalanan, cabaran dan pelajaran yang dipelajari dalam membangunkan perniagaan IRVINS.
    Sesi perkongsian panel bertajuk Challenges, Learnings & Wins.
    Pasukan DARe, perwakilan dari ESG dan pasukan Irvins bergambar ramai.
    Antara yang menghadiri acara Enterprise Growth Connect yang berlangsung di Empire Brunei, Jerudong.
    Daniel Leong menyampaikan ucapan alu-aluannya di acara berkenaan.
    Norlela Suhailee mengongsi mengenai insiatif pertumbuhan DARe serta pencapaian syarikat-syarikat di bawah bidang kuasa DARe.

    Beliau seterusnya menyatakan DARe sebagai agensi tumpuan Brunei Darussalam bagi pembangunan PMKS, mempunyai peranan utama untuk dimainkan bagi memastikan PMKS dilengkapi dengan keupayaan, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan mereka untuk menjadi lebih kompetitif serta mampu berkembang.

    Terdahulu semasa acara tersebut, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BEDB dan DARe, Daniel Leong mengongsi matlamat utama acara Enterprise Growth Connect untuk mengiktiraf dan meraikan pencapaian syarikat-syarikat di bawah inisiatif-inisiatif pertumbuhan DARe.

    Pada masa yang sama, ia juga diharap akan memberikan inspirasi kepada mereka yang masih berada dalam perjalanan pertumbuhan keusahawanan mereka melalui sokongan komuniti.

    Acara itu, tambah Daniel, juga menjadi sebuah platform bagi syarikat-syarikat untuk menjalinkan rangkaian, mencari peluang kolaborasi serta pertukaran pengetahuan.

    “Bersama, kita boleh menjana sebuah komuniti yang menyokong dan membantu satu sama lain untuk mencapai potensi penuh mereka,” ujarnya.

    Semasa acara itu juga, Ketua Jabatan Sokongan dan Pembangunan Perniagaan, Dayang Norlela Suhailee mengongsi mengenai inisiatif-inisiatif utama yang bermatlamat untuk membolehkan pertumbuhan perniagaan khususnya Program Elevate, Program Standards Consultancy, DARe Links dan Program iUsahawan Non-Energy.

    Inisiatif-inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen DARe untuk menyokong perniagaan tempatan dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka.

    Dengan meningkatkan kesedaran mengenai inisiatif-inisiatif berkenaan, DARe berharap untuk menggalakkan perniagaan memanfaatkannya serta membantu mereka untuk mengatasi cabaran-cabaran yang mereka hadapi dan mencapai potensi penuh mereka.

    Majlis juga menyaksikan ucaptama istimewa yang disampaikan oleh penceramah undangan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif IRVINS, Irvin Gunawan yang mengongsi mengenai dengan perjalanan keusahawanan beliau.

    IRVINS merupakan sebuah jenama Singapura yang dikenali bagi snek telur masin ikonik yang juga popular dalam kalangan warga Brunei.

    Irvins bermula sebagai sebuah perniagaan kecil dari rumah pada tahun 2008 dan kini telah berkembang menjadi sebuah jenama global dengan keberadaan di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat.

    Irvins telah mencapai kejayaan yang besar dalam masa yang agak singkat dan oleh itu, perkongsian daripada Irvin Gunawan dapat memberikan pencerahan mengenai perjalanan untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya termasuk cabaran-cabaran yang dihadapi serta pelajaran yang dipelajari sepanjang perjalanan itu.

    Acara itu turut mengetengahkan sesi perkongsian panel bertajuk Challenges, Learnings & Wins, yang mengetengahkan syarikat-syarikat di bawah portfolio pertumbuhan DARe termasuk Pengarah Urusan Komersial, Muara Maritime Services Sdn Bhd, Muhammad Noh Haji Madali; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Poni Group Sdn Bhd, Mohd Tahsin Wong; dan Rakan Pengurusan Sapphira Cake House & Cafe, Dayangku Hajah Maria Fadhillah binti Pengiran Haji Abdul Rahman. Turut berada dalam panel berkenaan ialah, Irvin Gunawan yang mengongsi perspektifnya serta nasihat kepada ahli panel serta peserta acara berkenaan.

    Acara itu disertai oleh PMKS, persatuan-persatuan perniagaan, agensi kerajaan, pelaburan langsung asing (FDI), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta institusi pengajian tinggi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/