Wednesday, February 12, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dukung usaha ASEAN

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Dengan hasrat untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai agenda pengurangan risiko bencana dan mendukung usaha ASEAN ke arah membangun masyarakat yang selamat serta berdaya tahan terhadap bencana, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), mengadakan Program Kesedaran Awam Sempena Memperingati Hari ASEAN bagi Pengurusan Bencana dan Ulang Tahun ASEAN Ke-50 yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, ibu negara, hari ini.

    Program yang membawa tema ‘Masyarakat Yang Selamat dan Berdaya Tahan Untuk Kekukuhan ASEAN’ itu diadakan bagi sama-sama memeriahkan lagi Program Bandarku Ceria yang diadakan setiap Ahad di sini.

    Semasa program kesedaran itu, pelbagai kegiatan dikendalikan oleh NDMC yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai seperti kegiatan mewarna, Amazing Race dan pameran lukisan.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda