Monday, February 3, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dulu daratan, kini lautan

    TIMBULSLOKO, INDONESIA – Guru Indonesia, Sulkan menyelak-nyelak gambar di masjid kecilnya yang dikelilingi laut, mengenang kumpulan kawad kaki dan kanak-kanak yang tersenyum ketika menamatkan pendidikan tadikanya, berdiri di atas jalan yang kini ditenggelami air hijau yang keruh.

    Ia hanyalah salah satu daripada banyak mercu tanda di perkampungan pantai Jawa Timbulsloko yang ditelan oleh air pasang, yang telah memaksa penduduk untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di atas air.

    Lebih daripada 200 orang telah tinggal di salah satu kawasan paling cepat tenggelam di Indonesia, yang telah bertukar daripada landskap sawah padi yang subur kepada rangkaian laluan pejalan kaki dan sampan dalam tanda-tanda ketara bagaimana perubahan iklim boleh menjejaskan komuniti pantai di mana-mana tempat. – AFP

    Pemandangan udara menunjukkan rumah penduduk kampung dengan kawasan sekitarnya ditenggelami air laut di Timbulsloko di Demak. – AFP

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda