Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dunia beri reaksi, ambil serius dasar tarif AS – Trump

    ISTANBUL, 21 APRIL – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin berkata pemimpin dunia dan tokoh korporat telah menghubungi beliau susulan pengumuman tarif baharu oleh pentadbirannya, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Dalam satu hantaran di platform Truth Social, Trump menyatakan bahawa pengisytiharan Liberation Day olehnya pada 2 April lalu – yang memperkenalkan tarif timbal balik – menarik perhatian kerajaan dan syarikat asing.

    “Bagus apabila dunia tahu kita benar-benar serius,” katanya.

    Trump mendakwa respons terbabit merupakan reaksi terhadap apa yang disifatkannya sebagai ketidakseimbangan perdagangan dan amalan tidak adil selama bertahun-tahun.

    “Mereka perlu membetulkan ketidakadilan hasil penyalahgunaan selama beberapa dekad, tetapi ia bukan sesuatu yang mudah buat mereka. Kita mesti bina semula kekayaan negara kita yang hebat dan wujudkan timbal balik sebenar,” katanya.

    Trump memperkenalkan beberapa dasar tarif baharu dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Bagaimanapun, kenyataan beliau yang sering berubah menimbulkan kebimbangan terhadap potensi ketidaktentuan ekonomi global. – Bernama/Anadolu  

    Donald Trump bercakap dalam satu majlis di Muzium Bangunan Negar,  Washington, pada April 2018. Dunia telah beri reaksi, ambil serius dasar tarif AS, menurutnya. –  Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda