Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dunia saksikan rekod suhu panas Ogos bagi dua tahun berturut-turut

    PARIS, 4 SEPT – Dunia menyaksikan rekod purata suhu pada Ogos untuk tahun kedua berturut-turut, menurut data awal daripada pemantau iklim EU yang dilihat oleh AFP, kelmarin.

    Walaupun suhu purata yang tepat untuk Ogos tahun ini belum diketahui, Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) telah menjangkakan ia akan melebihi 16.82 darjah Celsius yang dicatatkan pada Ogos tahun lepas.

    Para saintis memberi amaran bahawa suhu yang tidak pernah berlaku sebelum ini sebahagian besarnya didorong oleh perubahan iklim buatan manusia, yang menyebabkan kejadian cuaca ekstrem yang lebih kerap dan teruk.

    Australia, Jepun, beberapa wilayah China dan kepulauan Artik Svalbard Norway semuanya mengalami rekod bulan Ogos yang paling panas, menurut pelbagai agensi meteorologi.

    Ia meneruskan rentetan 15 bulan yang hampir tidak terputus di mana setiap bulan mengatasi rekod suhunya sendiri untuk tahun itu, menurut C3S.

    Gambar Freepik

    Hanya Julai pada tahun ini diukur oleh C3S sebagai lebih sejuk sedikit daripada Julai 2023, walaupun agensi cuaca Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat (AS) percaya Julai tahun ini sebagai bulan paling panas dalam rekod.

    Walau bagaimanpun, 2023 adalah tahun paling panas di dunia sejak catatan data cuaca bermula pada abad ke-19, menurut pelbagai pemantau iklim.

    Dan pada awal bulan Ogos, C3S telah pun memberi amaran bahawa ‘berkemungkinan besar’ 2024 akan mengatasi suhu itu.

    Ia berkata bahawa Julai 2024 adalah 1.48 darjah Celsius lebih panas daripada anggaran purata suhu untuk bulan itu dalam tempoh 1850-1900, sebelum dunia mula membakar bahan api fosil dengan pantas, yang merupakan penyumbang terbesar kepada perubahan iklim.

    Penyelidik iklim yang komited untuk mengkaji cuaca dalam tempoh sebelum kemunculan instrumen meteorologi percaya suhu tinggi semasa tidak pernah berlaku dalam sekurang-kurangnya 120,000 tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda