Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Duopharma terima pensijilan halal produk onkologi

    KUALA LUMPUR, 28 DIS – Duo-pharma Biotech Bhd tampil sebagai syarikat farmaseutikal pertama di Malaysia menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi produk onkologi.

    Dalam kenyataan hari ini, katanya ketika ini produk itu diluluskan sebagai rawatan adjuvan kepada wanita selepas menopaus yang mengalami kanser payu dara peringkat awal selain sebagai rawatan permulaan kepada wanita selepas menopaus dengan kanser payu dara peringkat akhir.

    Produk itu dihasilkan di fasiliti Ramuan Farmaseutikal Beraktif Tinggi (HAPI) syarikat di Glenmarie, Shah Alam.

    “Produk onkologi halal ini dibekalkan ke hospital penjagaan kesihatan kerajaan dan swasta di Malaysia dan telah diluluskan untuk dieksport ke Brunei dan Singapura baru-baru ini,” menurut syarikat itu.

    Pengarah Urusan kumpulan Duopharma Biotech, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata kejayaan menerima pensijilan halal bagi produk ini adalah sejajar dengan komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) syarikat yang menjadikan akses kepada ubat sebagai antara bidang tumpuan utama.

    “Kami menjalankan usaha yang berterusan untuk menyediakan akses kepada ubat-ubatan dan terapi yang sangat diperlukan oleh pengguna dan pesakit (yang) dijamin selamat digunakan dan berkesan, berkualiti tinggi, bersih dan halal.

    “Fasiliti HAPI kami yang moden ini memainkan peranan penting untuk memerangi banyak penyakit, membolehkan syarikat untuk memanfaatkan inovasi dan teknologi bagi memenuhi keperluan pesakit dan meluaskan akses terhadap terapi khusus,” katanya. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Tradisi pembuatan payung tradisional Jepun

    TOKYO - Mesin jahit hijau lumut menggunakan kuasa kaki...

    Trump umumkan tarif baharu yang tinggi

    WASHINGTON, 26 SEPT – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald...

    Usaha AFSA bantu tingkat kemahiran RS dapat pujian

    Oleh Sim Y. H.  BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT –...

    Pembelajaran sepanjang hayat

    Walaupun pendidikan lepas menengah menyediakan golongan muda untuk kerjaya...

    Terkini

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...