Wednesday, October 9, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Duran lanjut kontrak sehingga 2030

    LONDON, 8 OKT – Penyerang muda Aston Villa, Jhon Duran, telah menandatangani kontrak baharu jangka panjang bersama kelab itu selepas menunjukkan prestasi cemerlang pada permulaan musim ini, kelab Liga Perdana Inggeris itu mengumumkan semalam.

    Duran, 20, yang dilaporkan bersetuju dengan terma peribadi untuk menyertai West Ham pada jendela perpindahan musim panas lalu, kini telah menandatangani perjanjian yang akan mengekalkannya di Villa Park sehingga 2030.

    Pemain antarabangsa Colombia itu telah menjaringkan enam gol musim ini, termasuk satu gol kemenangan dalam perlawanan Liga Juara-Juara minggu lalu menentang Bayern Munich, walaupun hanya sekali memulakan perlawanan dalam semua kejohanan.

    Duran menyertai Villa pada Januari 2023 daripada kelab MLS, Chicago Fire, dan berjaya menjaringkan lima gol dalam 23 penampilan Liga Perdana musim lalu, kebanyakannya sebagai pemain gantian.

    Selepas kemenangan menentang Bayern Munich minggu lalu, pengurus Villa, Unai Emery, memuji potensi besar pemain tersebut. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda