Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Durant jaringkan 53, bantu Nets menang

    WASHINGTON, 14 MAC – Kevin Durant berjaya menjaringkan 53 mata untuk memimpin Brooklyn Nets mencatat kemenangan 110-107 ke atas New York Knicks kelmarin sementara rakan sepasukan, Kyrie Irving tidak dapat beraksi namun hadir bagi menyaksikan perlawanan.

    Mandat vaksin COVID bagi sektor swasta bandar New York telah menyebabkan Irving yang belum bervaksin tidak dapat beraksi dalam perlawanan NBA di New York, sama ada di gelanggang Nets, Barclays Center atau gelanggang Knicks, Madison Square Garden.

    Tetapi peraturan yang dilonggarkan bermakna dia boleh menghadiri perlawanan sebagai seorang penonton, keganjilan yang mencetuskan kekecewaan buat pesaing NBA, LeBron James.

    “Ia tidak masuk akal langsung,” kata James melalui Twitter.

    Perkara tersebut disepakati oleh Kevin Durant.

    Aksi Kevin Durant cuba membuat percubaan semasa bertemu New York Knicks di Barclays Center, kelmarin.- AP

    “Ia tidak munasabah,” kata Durant selepas perlawanan. “Saya langsung tidak memahaminya. Terdapat beberapa orang di arena ini yang tidak divaksinasi, bukan? Mereka melonggarkannya di arena ini, bukan?

    “Ia tidak masuk akal. Terdapat beberapa orang dalam bangunan ini yang datang ke mari. Adakah mereka ambil berat mengenai keselamatan kami? Saya tidak memahaminya. Kami semua keliru.”

    Tanpa Irving, yang terbatas bermain di gelanggang lawan, dan pemain baharu, Ben Simmons masih belum membuat penampilan untuk Nets. Brooklyn sekali lagi dipimpin oleh Durant.

    Durant yang terlepas mata jaringan tertinggi dalam karier dengan enam rebound dan sembilan assist. Durant menjaringkan percubaan tiga mata dengan perlawanan berbaki 56.3 saat untuk meletakkan Nets di hadapan dengan 106-103.

    “Kevin sangat luar biasa,” kata ketua jurulatih Nets, Steve Nash. “Dia memimpin kami. Banyak membuat keputusan penting.

    “Melakukan rebound dan assist. Dia bermain dengan kemampuan sebenar.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...