Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Durant pimpin Nets benam Pistons

    LOS ANGELES, 13 DIS – Kevin Durant menggunakan segala senjata yang dimilikinya semalam, menjaring 51 mata dalam perlawanan NBA dan mencatat sembilan assist ketika Brooklyn Nets membelasah Detroit Pistons 116-104.

    Penjaring terbanyak liga itu mencatat 50 mata ketujuh dalam perlawanan kariernya dan menyamakan jaringan kelima tertinggi dalam sejarah Nets.

    Deron Williams memegang rekod tersebut dengan 57 mata ketika menentang Charlotte pada 2012.

    Durant tahu beliau perlu memainkan peranan lebih besar semalam disebabkan Nets kehilangan Pemain Paling Berharga 2018 James Harden dan penyerang Paul Millsap.

    Kyrie Irving, yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19, masih belum beraksi dalam perlawanan musim ini.

    Aksi Kevin Durant menjaringkan bola semasa perlawanan di antara Detroit Pistons dan Brooklyn Nets di Arena Little Caesars, Detroit, Michigan pada 12 Disember. – AFP

    “Saya tahu saya mungkin perlu melakukan lebih banyak jaringan malam ini,” kata Durant, yang melakukan 31 jaringan sepanjang perlawanan.

    “Kami melepaskan lebih banyak bola dan saya berusaha untuk menjaringkan seberapa banyak gol mungkin.”

    Durant menambah tujuh rebound ketika Nets menang untuk kali ketiga dalam empat perlawanan terakhir mereka.

    Patty Mills menambah 18 mata dan lima assist untuk Nets, sementara LaMarcus Aldridge mempunyai 15 mata dan Cam Thomas menyumbang 13 mata untuk Brooklyn, yang mencatat 13 mata untuk Pistons dalam suku keempat.

    “Ia adalah suku keempat yang bagus bagi kami,” kata Durant.

    Cade Cunningham mencatat 26 mata, lapan rebound dan enam assist untuk Pistons, yang terakhir dalam perlawanan Eastern Conference dengan empat kemenangan musim ini. Frank Jackson mempunyai 25 mata dan Saben Lee berakhir dengan 17 mata.

    Sebelum itu, liga saingan mengenakan Durant dengan denda AS$25,000 kerana mencaci dan menyumpah seorang peminat Atlanta Hawk di Atlanta pada Jumaat.

    Dalam perlawanan menentang Piston, Durant memimpin liga dalam jaringan dengan 28.5 mata setiap perlawanan secara purata. Dia juga mencatat 7.6 rebound dan 5.4 assist menerusi 24 perlawanan permulaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda