Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Durant rancang kekal bersama Warriors

    LOS ANGELES, 1 Julai Kevin Durant, yang dinobatkan MVP berturut-turut bagi NBA Finals, merancang untuk menandatangani kembali bersama pasukan Golden State Warriors, menurut laporan ESPN semalam.

    Persetujuan Durant itu dijangka akan berlanjutan sehingga dua tahun dan membayarnya sekitar AS$30 juta untuk semusim, kata badan penyiaran AS itu.

    Awal bulan ini Durant membantu Warriors menewaskan Cleveland Cavaliers untuk memenangi gelaran kedua berturut-turut mereka.

    Setiap perlawanan, Durant mencatat 26.4 mata yang melibatkan 6.8 rebound dan 5.4 assist dalam musim biasa. Durant sekurang-kurangnya mencatat 25 mata bagi 10 musim yang lalu.

    Belum ada laporan rasmi tetapi sebarang berita mengenai persetujuan baharu untuk mengekalkan Durant dalam Golden State tidak akan hadir sebagai satu kejutan, ketika ejen bebas itu dijangka akan menandatangani semula bersama pasukan tersebut.

    Sementara itu, pasukan-pasukan NBA akan berusaha dengan gaji yang dijangka AS$101.8 juta bagi musim seterusnya, dengan tahap cukai gaji AS$123.7 juta, liga itu mengumumkan semalam.

    Pihak liga mengeluarkan jumlah itu semalam, beberapa jam sebelum bermulanya moratorium tahunan dan pasukan boleh mengadakan perbincangan bersama ejen bebas seperti Durant.

    Sementara itu, Steve Kerr, yang mengendalikan Golden State kepada dua gelaran NBA berturut-turut, bersetuju terhadap persetujuan bersama kelab NBA yang akan menjadikannya jurulatih yang menerima bayaran tertinggi, ESPN melaporkan pada malam Jumaat lalu.

    Kerr, 52, menandatangani kontrak pada 2014 bersama Warriors bagi tempoh lima tahun. ESPN tidak memberikan maklumat lanjutan kontrak itu.

    Kerr telah membawa Warriors kepada empat persaingan akhir NBA dan tiga kejuaraan. Kerr mencatatkan rekod 265-63 musim biasa dan 63-20 dalam persaingan playoff. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda