QINZHOU, 4 Nov – “Durian Malaysia adalah yang terbaik di dunia,” kata Setiausaha Parti Komunis China (CPC) Jawatankuasa Qinzhou, Wang Gebing semasa kunjungan hormat delegasi Malaysia diketuai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Walaupun Malaysia masih belum mendapat kelulusan kerajaan China untuk mengeksport durian segar terutama jenis Musang King yang popular, Wang berkata raja buah itu sentiasa diminati rakyat China, lebih-lebih lagi masyarakat Qinzhou, dan mereka tidak sabar menunggu hasil positif rundingan berhubung perkara itu. (Klik di sini untuk berita lanjut)