Saturday, February 22, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Durian menjadi pada musim El Nino

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Keadaan cuaca panas berikutan fenomena El Nino membolehkan tempoh durian berbuah kini menjadi lebih panjang berbanding biasa, membuatkan para peminat durian tahun ini merasa teruja.

    Malahan para penjual durian juga bersedia mengaut keuntungan lumayan daripada jualan buah itu.

    Salah seorang penjual buah durian yang ditemui wartawan kelmarin dan hanya mahu dikenali sebagai Dayang Mimi berkata, jualan sudah pun bermula sejak Jun lalu sehingga ke hari ini kerana buahnya yang menjadi dengan baik dalam cuaca panas di Brunei dan juga negara jiran yang terkenal dengan raja buah itu.

    Menurutnya, kemeriahan jualan durian juga kelihatan di Pasar Pelbagai Barangan Gadong apabila pihak penjaja membawakan pelbagai jenis durian.

    Antara varieti durian itu ialah durian kuning, durian otak udang, durian kahwin, durian tembaga, durian musang king dan banyak lagi.

    Cuaca panas yang dialami negara ini juga membolehkan pokok-pokok durian tempatan lebih mudah berbunga semula dan cepat membuahkan hasil.

    “Musim durian sudah bermula sejak awal Mei lalu dan ia dijangka akan terus berbuah sehingga bulan ini,” kata Dayang Mimi kepada pemberita.

    Dayang Mimi menunjukkan varieti durian dijual di Pasar Pelbagai Barangan Gadong. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Antara jenis durian yang dijual di Pasar Pelbagai Barangan Gadong. – Gamabr oleh Yusrin Junaidi

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda