Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Orang ramai yang berminat untuk menikmati durian Musang King dialu-alukan untuk mengunjungi Mini Ekspo Pertanian dan Agrimakanan yang diadakan di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dengan harga yang lebih murah.
Menurut Awang Ripin ketika ditemui berkata, memandangkan permintaan daripada orang ramai amat menggalakkan hari ini, mereka bersedia menurunkan harga durian Musang King kepada $30 sekilo.
Beliau dalam pada itu juga menasihatkan para pembeli untuk memeriksa dahulu durian yang dibeli dengan sewajarnya bagi memastikan harga yang dibayar adalah berpadanan dengan buah yang diperoleh.
“Musang King boleh dibezakan dengan tapak durinya yang lebih lebar dan tajam berbanding durian lain dan mempunyai tanda tersendiri iaitu tanda seperti tapak sulaiman di bahagian bawah buahnya,” katanya.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/c-3col-rubie_021117.jpg)