Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Durian segar Kemboja dibenarkan dieksport ke China

    PHNOM PENH, 9 JULAI – Durian segar menjadi buah kelima dari Kemboja yang dibenarkan untuk dieksport ke pasaran China, kata Duta China ke Kemboja Wang Wenbin kelmarin, lapor Xinhua.

    Dalam satu hantaran di media sosial baru-baru ini, Wang menyatakan bahawa Pentadbiran Am Kastam China (GACC) telah mengemas kini senarai kebun dan kilang pembungkusan berdaftar bagi eksport buah-buahan Kemboja ke China.

    “Senarai itu telah ditambah dengan kebun dan kilang pembungkusan berdaftar bagi durian segar Kemboja yang dieksport ke China, menunjukkan bahawa durian segar Kemboja telah melengkapkan semua prosedur eksport ke China dan boleh dihantar ke negara itu,” katanya.

    “Ini merupakan produk pertanian berkualiti tinggi pertama dari Kemboja yang diluluskan untuk dieksport ke China pada 2025 dan ia satu lagi pencapaian baharu dalam kerjasama pragmatik China-Kemboja,” tambahnya.

    Wang berkata ketika ini Kemboja mempunyai lima jenis buah-buahan yang boleh dieksport ke China iaitu pisang, mangga, longan, kelapa dan durian. – Bernama

    Gambar fail durian Steung Trang mendapat sokongan daripada warga tempatan di Kemboja. – ANN/ The Phnom Penh Post
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda