Wednesday, September 18, 2024
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Duta Besar Iran lawat muzium, bincang kerjasama budaya

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Dalam usaha memperdalam pengetahuan mengenai sejarah dan budaya Brunei, Duta Besar Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammad Taghi Rajabi, mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Muzium yang juga Pengarah Jabatan Muzium, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus; di Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja di ibu negara, kelmarin.

    Kunjungan tersebut menyaksikan perbincangan mengenai potensi kerjasama pembangunan antara institusi muzium kedua-dua negara.

    Selain membincangkan potensi kerjasama, Duta Besar Iran turut berkesempatan melawat Muzium Alat Kebesaran Diraja yang mempamerkan alat-alat kebesaran dan perhiasan diraja Brunei.

    TYT Mohammad Taghi Rajabi semasa mengadakan lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja di ibu negara. – GAMBAR SERAHAN KEDUTAAN BESAR REPUBLIK ISLAM IRAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda