Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Duta besar Malaysia ke UAE dan konsul jeneral di Dubai dipanggil pulang 

    PUTRAJAYA, 11 APRIL – Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai telah dipanggil pulang ke Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) kerana gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) ke UAE, akhir bulan lepas. 

    Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini,  kegagalan itu menyebabkan Perdana Menteri terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan biasa bagi urusan pelepasan pasport oleh Imigresen Dubai.

    Selain itu, liputan dan kawalan keselamatan serta pergerakan motoked yang sepatutnya disediakan untuk Perdana Menteri seperti amalan  Prosedur Operasi Tetap (SOP) biasa juga tidak ada. 

    Kedua-dua pegawai itu juga gagal memaklumkan kepada KLN di Putrajaya tentang penganjuran World Government Summit (WGS) dalam Kawasan Ekspo Dubai, dan sekiranya Wisma Putra dimaklumkan awal pastinya usaha akan dibuat supaya Perdana Menteri menyampaikan ucapan di program itu.

    Pimpinan tertinggi Wisma Putra hanya mengetahui tentang WGS pada pagi 30 Mac melalui sumber lain, kata kenyataan itu lagi.

    Bagaimanapun, Ismail Sabri menghadiri Majlis Penutup WGS pada hari yang sama apabila menerima undangan ke majlis itu selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Negara bagi Kerjasama Antarabangsa UAE Reem Ebrahim Al Hashimy. 

    Wisma Putra dalam kenyataan itu berkata kecelaruan itu tidak akan berlaku sekiranya penyelarasan dibuat lebih awal, lagipun kerajaan UAE telah menyediakan semua kemudahan kepada Ismail Sabri sebagai ketua kerajaan sehingga ke akhir lawatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...