Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Duta EU diarah tinggalkan Venezuela

    BOGOTA, 30 JUN – Presiden Nicolas Maduro semalam mengarahkan duta Kesatuan Eropah (EU) meninggalkan negara itu dalam tempoh 72 jam selepas EU mengenakan sekatan terhadap sekumpulan pegawai Venezuela.

    “Saya memutuskan untuk memberikan tempoh 72 jam kepada duta EU supaya meninggalkan negara ini,” kata Maduro dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen tempatan.

    Beliau merujuk kepada duta Isabel Brilhante Pedrosa, lapor agensi berita Anadolu.

    EU semalam mengenakan sekatan terhadap 11 pegawai Venezuela kerana membantah Majlis Negara yang dikuasai pihak menentang pemerintahan Maduro. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda