Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Duta EU ‘ditahan’ di lapangan terbang Jerman

    BRUSSELS, 13 MEI – Duta Kesatuan Eropah (EU) ke rundingan nuklear Iran, Enrique Mora, ‘ditahan’ oleh polis Jerman di lapangan terbang Frankfurt ketika dalam perjalanan pulang dari Tehran, kata Mora hari ini.

    Jurucakap EU tidak mengheboh kejadian itu, yang dikatakannya berjaya ‘diselesaikan segera’ tetapi dianggap oleh Mora ‘sebagai melanggar Konvensyen Vienna’ mengenai perlindungan diplomatik.

    “Ditahan oleh polis Jerman di lapangan terbang Frankfurt ketika dalam perjalanan ke Brussles dari Tehran. Tiada penjelasan langsung,” kata Mora.

    “Seorang pegawai EU yang mengadakan misi rasmi dan memegang pasport diplomatik Sweden telah diarahkan mengeluarkan pasport dan telefon,” katanya. Tidak lama kemudian, beliau menambah: “Sekarang dibebaskan bersama dua rakan sekerja saya, Duta EU ke PBB Vienna dan ketua pasukan petugas Iran EEAS.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda