Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Duta Iran, Pakistan bertugas semula pada 26 Januari

    TEHRAN, 22 JAN – Iran dan Pakistan hari ini mengumumkan bahawa duta besar kedua-dua negara akan menyambung semula tugas mereka selepas kedua-dua negara bersetuju untuk meredakan ketegangan berikutan pertukaran serangan mematikan minggu lalu.

    “Telah dipersetujui bersama bahawa duta kedua-dua negara boleh kembali menjalankan tugas masing-masing pada 26 Januari,” kata kenyataan bersama Kementerian Luar Negera di Tehran dan Islamabad.

    Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian juga dijangka melawat Pakistan pada 29 Januari berikutan jemputan rakan sejawatannya dari Pakistan, Jalil Abbas Jilani, kata kenyataan itu.

    Keputusan itu diumumkan berikutan panggilan telefon antara Jilani dan Amir-Abdollahian.

    Pakistan melancarkan serangan udara pada Khamis lalu ke atas ‘sasaran militan’ di Iran, dua hari selepas serangan serupa Iran di wilayahnya.

    Tehran berkata serangannya di Pakistan menyasarkan Jaish al-Adl, sebuah kumpulan jihad yang telah melakukan beberapa serangan mematikan di Iran dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

    Ditubuhkan pada 2012, kumpulan itu disenaraihitamkan oleh Iran sebagai organisasi ‘pengganas’.

    Serangan Iran, yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua kanak-kanak, mendapat teguran tajam dari Pakistan, yang memanggil balik dutanya dari Tehran dan menghalang utusan Iran daripada kembali ke Islamabad.

    Tehran juga memanggil charge d’affaires Islamabad atas serangan Pakistan pada Khamis, yang menyebabkan kira-kira sembilan orang terbunuh. – AFP

    Anggota Muslim Talba Mahaz Pakistan melakukan demonstrasi di kawasan sempadan Pakistan, di Islamabad, Pakistan, pada 18 Januari. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...