Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Duta Israel diusir Colombia

    TEHRAN, 17 OKT – Kementerian Luar Colombia pada kelmarin menuntut duta Israel ‘meminta maaf dan keluar’ selepas beliau mengkritik Presiden Gustavo Petro kerana kenyataannya mengenai konflik Israel-Palestin, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

    Petro telah berkongsi beberapa hantaran mengkritik rejim Israel di media sosial sejak konflik bermula pada 7 Oktober.

    Presiden Colombia itu dalam satu hantaran di X menuduh rejim Israel menggunakan bahasa mengenai rakyat Gaza yang serupa dengan apa yang dikatakan oleh pihak Nazi mengenai orang Yahudi, lapor France 24.

    Sebagai tindak balas kepada kenyataan Petro, rejim Zionis pada Ahad mengumumkan penggantungan eksport berkaitan keselamatan ke Colombia.

    Berikutan langkah rejim itu, Presiden Petro mengancam untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan menekankan bahawa negaranya tidak akan menyokong genosid rakyat Palestin.

    “Jika kita perlu menggantung hubungan luar dengan Israel, kita akan melakukannya. Kami tidak menyokong genosid,” Colombia Reports memetik Presiden Colombia sebagai berkata pada Isnin.

    Presiden juga meminta kerajaan Amerika Latin lain bersolidariti dalam isu itu, menurut laporan itu. – Bernama

    Penunjuk perasaan anti-Israel memegang bendera Palestin semasa perhimpunan di luar kedutaan Israel di Bogota, Colombia, pada 10 Oktober 2023. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Rencana

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Berita Berkaitan

    EU adakan sidang tergempar mengenai Ukraine esok

    MOSCOW, 23 NOV - Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU)...

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Nakhoda bot disabit bersalah atas kematian pelancong

    ROM, 21 NOV – Seorang nakhoda bot laju yang...

    Terkini

    Idea unik teknik pembuatan tradisional wagashi

    KYOTO - Kawasan Omuro di Wad Ukyo, Kyoto, merupakan...

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...