Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Duta Mexico cadang jadikan Kota Kinabalu bandar kembar Acapulco 

    KOTA KINABALU, 23 JUN – Duta Mexico ke Malaysia Edmundo Font mencadangkan kemungkinan menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandar berkembar Acapulco untuk membantu menjalinkan hubungan perdagangan antara Sabah dan Mexico.

    Pejabat Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan hari ini berkata cadangan itu diutarakan Font semasa pertemuan dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

    Ini merupakan lawatan pertama Duta Mexico itu ke Sabah sejak dilantik sebagai utusan negaranya November tahun lepas.

    Hajiji berkata Font berpendapat bahawa kedua-dua bandar raya itu mempunyai persamaan dari segi landskap, maka idea itu patut diterokai buat Acapulco, sebuah bandar pelabuhan laut yang terletak di pantai Pasifik Mexico yang  juga antara destinasi pelancongan pantai tertua di negara ini.

    Beliau berkata duta Mexico itu turut memaklumkan kepada Hajiji mengenai seorang saintis Mexico Dr Milena Salgado Lynn.

    Dr Milena telah menyumbang terhadap kajian di Danau Girang Field Centre dan Makmal Kesihatan, Genetik dan Forensik Hidupan Liar di Sabah Jabatan Hidupan Liar. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...