BANDARAYA MEXICO, 21 DIS – Kerajaan Peru kelmarin mengumumkan bahawa duta Mexico, Pablo Monroy Conesa kini dianggap ‘persona non grata’ dan diberikan tempoh 72 jam untuk meninggalkan negara itu.
Menteri Luar, Ana Cecilia Gervasi berkata ketegangan yang memuncak antara kedua-dua negara baru-baru ini didapati berpunca daripada campur tangan kerajaan Mexico.
“Kerajaan Peru telah mengisytiharkan duta Mexico sebagai ‘persona non grata’ atas komen berulang oleh (pihak berkuasa Mexico) mengenai situasi politik di Peru, satu tindakan yang mencampuri urusan dalaman kami,” kata Gervasi pada sidang media, lapor agensi Anadolu. – Bernama










