KUALA LUMPUR, 18 JULAI – Duta PBB Lee Yanghee berkata Amerika Syarikat (AS) tidak ‘melakukan dengan cukup’ dalam sekatan ke atas empat jeneral tertinggi Myanmar berhubung pembunuhan beramai-ramai penduduk Islam Rohingya.
Washington berkata pada Selasa, keempat-empat jeneral, termasuk ketua komander negara dan timbalannya bertanggungjawab atas ‘pencabulan hak asasi manusia’ yang membabitkan pembunuhan di luar bidang
kehakiman dalam kempen penghapusan kaum ke atas penduduk minoriti Rohingya di negeri utara Myanmar Rakhine.
Keempat-empat mereka dan keluarga terdekat mereka diharam daripada berkunjung ke AS.
Lee, pelapor khas PBB untuk hak asasi manusia di Myanmar, berkata hari ini pengharaman perjalanan adalah tidak mencukupi.
Beliau berkata aset lelaki berkenaan dan keluarga mereka harus dibekukan, dan AS harus melanjutkan sekatan ke atas dua jeneral lain yang dikenal pasti sebelumnya oleh misi pencarian fakta PBB. – AP
