BANGKOK, 30 MEI – Duta Ukraine ke Thailand jatuh pengsan dan meninggal dunia hari ini semasa berada di pulau peranginan bersama keluarganya, kata pihak berkuasa.
Andrii Beshta, 45, disahkan meninggal dunia di Pulau Lipe di wilayah Satun, kata Gabenor Ekkarat Leesen kepada The Associated Press.
Polis memetik anak lelakinya, Ostap, yang menginap di bilik hotel yang sama, sebagai berkata yang ayahnya muntah dan jatuh pengsan sekitar jam 4:30 pagi.
Dia mengatakan berasa sihat sebelum ini. Polis berkata mereka mengesyaki yang dia mungkin mengalami kegagalan jantung.
Leesen berkata mayatnya telah dihantar ke hospital polis bagi menjalani autopsi.
“Siasatan awal tidak ada menunjukkan beliau diserang mahupun adanya berlaku pergelutan,” menurut kenyataan daripada jurucakap timbalan Polis Negara, Kissana Phathanacharoen.
Beshta menjawat jawatan duta pada Januari 2016. Beliau meninggalkan isteri, anak perempuan dan dua anak lelaki, menurut bio dari laman web kedutaan. – AFP/AP