MANILA, 22 Nov – Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah membatalkan semua rundingan damai akan datang dengan para pemimpin komunis yang memperjuangkan salah satu pemberontakan paling lama di Asia, dalam tamparan hebat kepada usaha untuk menamatkan konflik setengah abad itu.
Dalam ucapan malam semalam, Duterte mengkritik para pemberontak berhubung serangan maut ke atas tentera dan polis sementara mengancam akan meletakkan mereka dalam kategori kumpulan ‘pengganas’.
“Saya telah membuat keputusan untuk memutuskan rundingan dengan NPAs,” kata beliau, dalam merujuk kepada 3,800 anggota bersenjata komunis, Askar Rakyat Baru (NPA).
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)