Wednesday, March 19, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Duterte batalkan rundingan dengan pemberontak

    MANILA, 5 Feb – Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah membatalkan rundingan perdamaian dengan pemberontak komunis selepas kerajaan dan pemberontak membatalkan gencatan senjata satu pihak yang bertujuan menamatkan konflik berdekad-dekad lamanya.

    Duterte, sosialis yang sebelumnya pernah membebaskan pemimpin komunis untuk memulakan rundingan perdamaian, mengecam pemberontak kerana meneruskan keganasan, berkata beliau bersedia untuk menghadapi konflik berpanjangan.

    “Saya beritahu tentera supaya bersedia untuk menghadapi peperangan lama. Saya berkata keamanan tidak akan datang pada generasi kami,” kata beliau lewat semalam.

    Kedua-dua pihak mengisytiharkan gencatan senjata secara berasingan pada Ogos, dan pengaturan tidak formal diadakan ketika mereka meneruskan perbincangan di Rom.

    Presiden berkata beliau kini sedang mengarah perunding kerajaan “mengemas khemah mereka dan pulang daripada rundingan dengan pemimpin pemberontak di luar negara.

    “Saya tidak berminat untuk berunding dengan pemimpin pemberontak. Saya enggan bercakap mengenainya lagi,” beritahunya kepada wartawan.

    “Kami telah bertempur selama 50 tahun. Jika kamu mahu melanjutnya selama 50 tahun lagi, teruskanlah, kami berasa gembira untuk memberikannya kepada kamu.”

    Arahan beliau keluar selepas pemberontak mengumumkan berakhirnya gencatan senjata lima bulan mereka pada minggu lalu, menuduh kerajaan Duterte membelot dan menyalahguna hak asasi manusia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda