Duterte cari ‘peralihan strategik’ dari AS ke China

MANILA, 2 Jan – Filipina telah beralih arah daripada sekutu tradisinya Amerika Syarikat kepada China dalam bidaan untuk ‘memulihkan’ hubungan berikutan pertikaian wilayah yang berlarutan, duta baru negara ke Beijing berkata hari ini.

Manila telah menjadi salah sebuah sekutu-sekutu setia Washington di Asia, namun Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mengancam untuk menamatkan perikatan berdekad lamanya selepas AS mengkritik perangnya ke atas dadah yang membunuh lebih 5,000 orang sejak dia menjawat jawatan itu pada Jun.

Retorik pedasnya ke atas AS telah disusuli dengan percubaan untuk mendekati China ketika dia berusaha untuk meredakan kebimbangan Beijing berhubung tuntutan bertindih Manila ke atas Laut China Selatan.

Duta baru Filipina ke China, Jose ‘Chito’ Sta. Romana, memberitahu AFP bahawa langkah itu mewakili ‘peralihan strategik dalam dasar luar negeri kami’. – AFP