MANILA, 8 Ogos – Presiden Filipina Rodrigo Duterte hari ini mengecam pentadbiran Trump kerana menarik diri daripada perjanjian perdagangan bebas utama, menyertai negara-negara Asia pada satu forum dalam mengkritik fahaman perlindungan yang semakin berkembang.
Sehingga baru-baru ini, China dan Amerika Syarikat sedang mempromosi perjanjian perdagangan bebas yang tidak termasuk satu sama lain.
Namun sejurus selepas menerajui tampuk pentadbiran pada Januari, Trump menarik diri daripada Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) yang digambarnya sebagai ‘pembunuh pekerjaan’.
Tindakan itu memberi tamparan hebat kepada 11 negara lain yang menghabiskan tujuh tahun berunding apa yang digelar sebagai perjanjian perdagangan terbesar di dunia.
Ketika satu ucapan meraikan ulang tahun ke-50 Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Manila, Duterte memberikan sokongan beliau kepada pakatan perdagangan yang disokong oleh China dikenali sebagai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau.
“ASEAN mempunyai risiko yang lebih besar berbanding mana-mana kawasan lain di dunia dalam mempertahankan fahaman perlindungan dan menjamin peraturan dalam perniagaan antarabangsa,” beritahunya kepada perwakilan.
RCEP, kata beliau, “akan memberikan pendorong lanjut kepada usaha kami,” menambah beliau berharap rundingan mengenai perjanjian pimpinan Beijing “akan dicapai dengan segera.”
Beliau menambah satu sindiran mengenai kegagalan TPP. “Saya diingatkan Rentas Pasifik, ia adalah satu impian, ia tidak wujud lagi,” kata beliau. Sebelum Trump menarik diri, TPP sepatutnya merangkumi 40 peratus ekonomi global.
Ia adalah lanjutan daripada perjanjian perdagangan bebas sekarang, dengan undang-undang pekerja, perlindungan alam sekitar dan hak harta intelektual dianggap oleh penyokong sebagai standard emas baru untuk perdagangan global.
Perjanjian itu, yang tidak termasuk China, juga dilihat sebagai satu cara untuk memerangi pengaruh ekonomi serantau Beijing. Sebagai respon kepada TPP, Beijing telah mendesak untuk meluluskan RCEP, perjanjian yang leih sederhana yang memberikan standard pengaturan yang lebih rendah dan lebih terhad. – AFP