Duterte ‘lepaskan’ vaksinasi COVID-19

MANILA, 13 APRIL – Presiden Filipina, RodrigoDuterte mengatakan beliau akan ‘melepaskan’ peluangnya untuk disuntik vaksin COVID-19, menekankan bahawa orang tua sepertinya seharusnya tidak diberikan keutamaan.

Hanya satu juta orang di Filipina sudah menerima suntikan pertama mereka semenjak permulaan Mac – jumlah yang kecil berbanding yang diperlukan untuk mencapai imuniti kelompok di negara berpenduduk 110 juta orang itu.

Meskipun ramai pemimpin dunia menerima suntikan vaksin di khalayak umum bagi menggalakkan yang lain untuk imunisasi, Duterte mengatakan beliau akan melepaskan peluang itu. – AFP