MANILA, 26 FEB – Presiden Filipina hari ini menandatangani undang-undang yang akan mempercepatkan pemerolehan dan pemberian vaksin COVID-19 di negara Asia Tenggara itu.
Undang-undang baharu atau Akta Program 2021 Vaksinasi COVID-19 juga akan meningkatkan pemulihan kerugian kebangsaan dalam bentuk pampasan kepada mana-mana orang yang diinokulasi jika berdepan kematian, ketidakupayaan kekal atau rawatan hospital disebabkan kesan sampingan serius.
“Kami yakin dengan menandatangani undang-undang bersejarah ini akan mempercepatkan pemerolehan dan pemberian vaksin bagi perlindungan terhadap COVID-19,” kata jurucakap presiden, Harry Roque dalam satu kenyataan.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran terperinci undang-undang baharu itu.
Namun katanya, ia akan ‘meliputi pembentukan dana indemniti bagi memberikan pampasan kepada mereka yang akan mengalami kesan sampingan serius terhadap vaksin.’
“Sememangnya, kami masih komited dalam perang terhadap pandemik koronavirus dan kami menggunakan semua kaedah segera, seperti mengaktakan undang-undang ini, disahkan penting oleh Duterte sebagai cara kami untuk memulakan pemberian vaksin,” kata Roque.
Filipina dijangka memulakan pemberian vaksin koronavirus minggu depan menggunakan vaksin Sinovac didermakan oleh China yang dijadualkan tiba pada Ahad dan berhasrat menginokulasi sehingga 70 juta rakyat Filipina tahun ini, bermula dengan petugas barisan hadapan dan tentera. – Xinhua
