Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Duterte tidak kecam usaha China

    MANILA, 30 April – Presiden Filipina Rodrigo Duterte gagal mengecam usaha China untuk mengawal kebanyakan Laut China Selatan hari ini selepas menganjur sidang kemuncak serantau, memberikan kemenangan politik kepada Beijing.

    Sehari selepas menjadi tumpuan sebagai negara tuan rumah mesyuarat pemimpin Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara, Duterte mengeluarkan satu kenyataan pengerusi yang tidak menghiraukan keputusan antarabangsa pada tahun lalu yang mengharamkan tuntutan China ke atas jalan air utama itu.

    “Kami mengambil perhatian tentang kebimbangan yang diluahkan oleh sesetengah pemimpin berhubung perkembangan terbaru di kawasan berkenaan,” kata kenyataan setebal 25 muka surat tanpa menyebut isu berkenaan, di mana negara-negara dipercayai bertanggungjawab, dan yang dikemukakan oleh pemimpin negara.

    China telah menukar terumbu dan beting di kawasan laut yang dituntut oleh Filipina dan negara lain kepada pulau tiruan, dan menubuhkan kemudahan tentera di sana.

    Anggota ASEAN Vietnam, Malaysia dan Brunei juga menuntut sebahagian daripada kawasan laut berkenaan, namun China menegaskan ia mempunyai hak berdaulat ke atas hampir kesemua lautan berkenaan.

    Presiden Duterte ketika berucap pada sidang media di akhir sidang kemuncak pemimpin-pemimpin ASEAN di Manila, Filipina. - AFP
    Presiden Duterte ketika berucap pada sidang media di akhir sidang kemuncak pemimpin-pemimpin ASEAN di Manila, Filipina. – AFP

    Sepanjang sidang kemuncak, Duterte berkata Filipina dan negara lain tidak berdaya untuk menghentikan pembinaan pulau, maka tidak ada gunanya untuk membincang isu tersebut pada acara diplomatik seperti mesyuarat semalam.

    China bukan anggota 10 negara ASEAN tetapi dutanya ke Manila bekerja keras untuk mempengaruhi maksud dan isi kandungan kenyataan pengerusi, beritahu diplomat kepada AFP sebelum ini.

    Penganalisis bersetuju kenyataan bersahaja itu merupakan hasil tekanan daripada China.

    “Ia mencerminkan proses menjadi dasar luar Filipina dengan unsur-unsur Kemboja. Kamu mula bertingkah laku seperti Kemboja, yang amat sensitif kepada kepentingan strategik China,” kata Renato de Castro, profesor kajian antarabangsa di Universiti De La Salle di Manila.

    Pada mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN pada tahun lalu di Laos, Kemboja, yang mempunyai hubungan ekonomi yang kukuh dengan Beijing, menyekat satu kenyataan bersama yang merujuk kepada keputusan tribunal antarabangsa ke atas China.

    Duterte berikrar tidak akan “mencemuh atau menayang-nayangkan” keputusan tribunal sementara berusaha menjalin hubungan yang lebih erat dengan China dalam harapan menarik pelaburan China bernilai berbilion dolar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda