Dybala didenda langgar peraturan COVID-19

MILAN, 2 APRIL – Penyerang Juventus Paulo Dybala memohon maaf selepas melanggar peraturan COVID-19 dengan menyertai parti bersama rakan pasukan Weston McKennie dan Arthur Melo.

Trio Juventus dilaporkan didenda polis yang dihubungi jiran pemain tengah dari Amerika Syarikat, McKennie yang mengadakan parti di rumahnya di Turin.

“Saya tahu ia tempoh yang sukar kepada dunia kerana COVID, adalah baik tidak melakukan kesalahan tapi saya salah kerana datang untuk makan malam,” kata penyerang Argentina Dybala dalam laman Instagram.

“Ia bukannya parti tapi saya melakukan kesilapan dan saya memohon maaf.”

Ketiga-tiga pemain terlepas aksi antarabangsa kerana kecederaan, akan turut berdepan hukuman dari kelab namun masih belum ada sebarang keputusan dilakukan, kata sumber kelab.

Kelab juara Itali itu berdepan kes positif baharu COVID-19 minggu ini selepas pemain antarabangsa mereka pulang.

Pemain pertahanan Leonardo Bonucci diuji positif pada semalam selepas kembali dari tugasan bersama Itali.

“Bonucci menjalani ujian COVID-19 dan didapati positif,” kata Juventus dalam satu kenyataan.

“Pemain itu telah menjalani pengasingan diri di rumah.” – AFP