Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Mencapai ulang tahunnya ke-22, Dynamik Technologies terus membawa bendera Negara Brunei Darussalam ke peringkat yang tinggi dalam Arena Global, dengan kedudukan terkini sebagai pemenang Hadiah Berlian Antarabangsa untuk Kecemerlangan Kualiti 2023.
Hadiah yang disampaikan oleh Persatuan Penyelidikan Kualiti Eropah (ESQR), yang beribu pejabat di Lausanne, Switzerland itu telah memantau amalan dan hasil terbaik dalam kualiti strategi pengurusan organisasi, perniagaan, kerajaan, dan individu.
Ia juga mengiktiraf dan kecemerlangan, menggalakkan inovasi di samping berkongsi amalan dan kemudahan penilaian pematuhan.
Dynamik dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, hanya 50 penerima di seluruh dunia dipilih untuk penghargaan eksklusif tahun ini, mengiktiraf organisasi yang komited untuk usaha pembangunan yang unggul dan kecemerlangan keseluruhan yang menyumbang kepada kemakmuran ekonomi masyarakat.
Dynamik Technologies merupakan penerima pertama dan satu-satunya di negara ini untuk anugerah berkenaan setakat ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Dayang Haslina binti Haji Mohammad Taib menjelaskan, penerimaan anugerah di Konvensyen ESQR dan majlis anugerah yang diadakan di Brussels, Belgium, menyifatkan anugerah berkenaan sebagai pengiktirafan usaha DynamiK Technologies untuk mengubah masyarakat di Brunei dan Borneo ke arah masa depan yang lebih inovatif, inklusif dan mampan.
Dynamik Technologies ditubuhkan oleh kerajaan Brunei dan Accenture pada 2001 untuk membantu negara mengambil langkah baharu dalam digitalisasi, melalui Sistem Maklumat Perbendaharaan dan Kewangan.
Beliau turut berkongsi faktor pemacu utama untuk rekod prestasi yang berjaya Dynamik Technologies sebagai sistem berfikir mengikut niat, penyeragaman dan kemampanan.
